Assalamualaikum. I akan away for few days from this blog. Kepala otak I tengah kusut yang teramat sangat. I really need to tenangkan fikiran. Mood I still swing, kadang kadang I ok, kadang kadang I tak ok. I memang terpukul dengan pemergian nenek pada Isnin haritu. Hati I masih lagi sedih. Susah I nak gambarkan macam mana perasaan I. Boleh dikatakan hari hari I akan mengalirkan air mata. I memang terasa sangat bila nenek pergi buat selama lamanya. Memang I rapat dengan nenek. Every year bila nak raya, I selalu tolong nenek pasang langsir, cuci kimas, pasang sarung kusyen. Hari raya lah, hari yang paling I suka sebab I akan dapat makan kuih raya kesukaan I. Memang every year nenek akan buat kuih favorite cucu dia. Kuih gunting, kuih siput and kuih semperit memang kuih wajib nenek buat every year. Chapatti dah jadi macam food tradition untuk my family. I tahu, tak akan ada orang yang mampu buat chapatti sesedap dan selembut nenek buat. My favorite is ayam masak lemak cili api. Lepas niee, memang susah I nak telan semua makanan yang nenek selalu buat untuk I.
I know you're in a better place, But I wish that I could see your face, I know you're where you need to be, Even though it's not here with me.
Comments
Post a Comment