Skip to main content

A NOTE FOR YOU NENEK.



It's been five years. Yes, pejam celik pejam celik dah lima tahun nenek pergi tinggalkan kami semua. Since my last entry about nenek, and this is for you nenek. Apa yang adik rasa selama lima tahun nenek tinggalkan adik, 

First of all, Happy Birthday Nenek. I hope you doing fine. Nenek rehatlah puas puas, adik tahu nenek penat sangat dekat sini kan? Walaupun nenek tak bagi tahu adik. Tapi adik tahu. Adik doakan nenek ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Nenek, tahu tak adik dah lama tak makan masakan nenek. Adik rindu nenek masak ayam lemak cili api walaupun adik tak boleh makan pedas, tapi bila nenek masak semua adik sapu je. Kan semua orang panggil adik MPK. Nenek macam macam benda jadi lepas nenek pergi. Kadang kadang adik tak sanggup nak hadap dah, Tapi bila fikir nenek, adik jadi semangat balik. Nenek tahu tak? Adik rindu nenek sangat, Kalau boleh tiap tiap hari adik nak jumpa nenek, nak peluk nenek, nak dengar nenek bising bising sebab adik malas mandi. Nenek, sekarang nie tak ada orang nak bising bising kalau adik tak mandi kecuali Zhrfff. 

Nenek, ingat tak adik suka sangat tengok drama Gerak Khas. Nenek selalu cakap adik boleh geng dengan Noyang. Tapi Nenek, noyang pun dah tinggalkan adik. Nenek dah jumpa noyang ke? Adik doakan nenek dapat jumpa keluarga nenek balik dekat sana, Nenek tahu kan dulu adik nak sangat jadi polis sebab Gerak Khas tu kan? Tapi adik tak cukup syarat nak jadi polis. Nenek, nenek ingat tak Zhrff? Boyfriend adik tu, tapi sekarang dia tunang adik, Masa adik tunang haritu adik rasa tak complete sangat sebab nenek tak ada. Lagilah masa adik nak nikah nanti. Tapi adik tahu nenek sentiasa doakan yang terbaik untuk adik. Nenek, adik nak jadi polis tak dapat, kalau dapat suami polis kira okay kan nenek? 

Nenenk adik harap sangat nenek boleh jawap semua yang adik tanya. Adik harap sangat adik boleh berborak dengan nenek macam dulu. Kacau nenek buat kuih, kacau nenek masak. Adik rindu sangat, Kalau adik boleh pusing balik masa, adik nak pusing balik masa dan peluk nenek kuat kuat. Adik akan cakap adik sayang nenek. Tapi adik tahu nenek nak tengok adik kuatkan? 

Nenek, nenek berehatlah. Adik dekat sini sentiasa doakan nenek dekat sana. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan berjumpa semula. Cuma adik mintak, nenek selalu datang dalam mimpi adik. Walaupun dalam mimpi, adik rasa bersyukur sangat. Nenek doakan adik berjaya dan selalu dilindungi. Assalamualaikum nenek. Adik sayang nenek dari dulu dan sampai bila bila. 


Comments

Popular posts from this blog

Heartbroken

Tak salah kita turunkan ego untuk kebaikan. It’s a good thing to do. Lagi lagi untuk fix balik relationship or friendship. I’ve been thru all this shits since forever. It’s not like I’m the troublemaker, but still I pun ada hati dengan perasaan. Kalau kata hati cakap yang kita tak diperlukan, takan kita terhegeh-hegeh nak datang cari orang yang tak perlukan kita. Tapi itu pemikiran orang yang tak matang. Sekarang I faham, walaupun kita rasa yang kita tak diperlukan just tunjuk yang kita yang perlukan dorang lagi. It’s sounds desperate but atleast you still remember yang korang pernah ada memories sama-sama. Selagi the other side tak cakap yang dia tak perlukan korang, I think you should start to reduce your ego and cari your friends balik. Yes, the same thing I do. I will wait until dorang cakap yang dorang tak perlukan aku and that time walaupun sakit atleast you know where you stand. Things like selagi kita tak cuba selagi tu kita tak tahu. Tak mati pun kalau minta maaf. ...

Picture can speak thousand word.

Assalamualaikum.  Trying harder to recover from sadness. Btw, I love this picture so much. I look like WHOAA I'am super duper comel. Okbai. Nek, I miss you. I miss you like crazyy. I feel like wanna cry again and again.  Nek, I love you. I love you so much. AL-Fatihah Me with Alien. We are so comel kan kan?  Thank you babyy Azreen. My babyy Azreen. Fine, Alien always snap a blur picture. grr. Ok, I miss this boy badly. He's moving to Sudan. He always teman me sleeping. 

You will always be in my heart nenek. I love you

Assalamualaikum. I akan away for few days from this blog. Kepala otak I tengah kusut yang teramat sangat. I really need to tenangkan fikiran. Mood I still swing, kadang kadang I ok, kadang kadang I tak ok. I memang terpukul dengan pemergian nenek pada Isnin haritu. Hati I masih lagi sedih. Susah I nak gambarkan macam mana perasaan I. Boleh dikatakan hari hari I akan mengalirkan air mata. I memang terasa sangat bila nenek pergi buat selama lamanya. Memang I rapat dengan nenek. Every year bila nak raya, I selalu tolong nenek pasang langsir, cuci kimas, pasang sarung kusyen. Hari raya lah, hari yang paling I suka sebab I akan dapat makan kuih raya kesukaan I. Memang every year nenek akan buat kuih favorite cucu dia. Kuih gunting, kuih siput and kuih semperit memang kuih wajib nenek buat every year. Chapatti dah jadi macam food tradition untuk my family. I tahu, tak akan ada orang yang mampu buat chapatti sesedap dan selembut nenek buat. My favorite is ayam masak lemak cili api. Lepas niee...